Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah melaksanakan lawatan ke perkampungan etnik Semai, kami telah menyediakan borang soal-selidik bagi mengumpulkan data tentang kesedaran pelajar UKM mengenai kewujudan dan sumbangan etnik minoriti di Malaysia. Sebanyak 50 borang soal selidik telah berjaya kami kumpulkan setakat ini. Berikut adalah sampel borang soal selidik kami;
Thursday, 3 December 2015
Tuesday, 1 December 2015
Kenangan melawat muzium orang asli dan Kampung Kala
Kami memulakan perjalanan pertama ke muzium orang asli seperti yang dijadualkan pada 21 November. Malangnya muzium yang sepatutnya dijadualkan buka pada hari itu telah ditutup kerana faktor kekurangan pekerja. Namun kami sempat mengambil beberapa gambar kraftangan buatan orang asli yang dipamerkan muzium tersebut. Berikut merupakan gambar - gambar muzium yang dapat dikongsikan:
Setelah melawat muzium, kami memulakan perjalanan ke Kampung Kala bagi bertemu Tok Batin. Melalui perkongsian bersama Tok Batin, aktiviti pembuatan kraftangan di perkampungannya dikatakan semakin berkurangan akibat faktor kemajuan. Kami turut sempat meninjau perkampungan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Berikut antara gambar yang dapat dikongsikan:
![]() |
| Tok Batin |
Lawatan ke Batu 12 Gombak
Pada 21 November 2015, kami kumpulan 11 telah melakukan lawatan ke muzium orang asli dan bertemu dengan wakil perkampungan etnik suku semai, Tok Batin di Kampung Kala Gombak. Tok Batin ialah penduduk yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelawat - pelawat yang datang bertandang ke perkampungan tersebut samaada bagi tujuan kajian atau pembelajaran. Berikut adalah tentatif perjalanan yang telah dirancang:
|
Masa
|
Aktiviti
|
|
12.30 pm
|
Berkumpul dan bertolak dari Kolej
|
|
2.00 pm
|
Sampai di Muzium Orang Asli
|
|
3.00 pm
|
Melawat perkampungan orang asli
|
|
3.30 pm
|
Bertemu dengan Tok Batin
|
|
5.00 pm
|
Bertolak pulang
|
Friday, 30 October 2015
Kajian Awal Etnik Orang Asli
Kami dari kumpulan 11 (Lavender) telah membuat sedikit kajian mengenai kaum orang asli suku semai di Gombak Selangor. Kami memperoleh sumber maklumat serba sedikit mengenai kaum ini melalui perkongsian yang telah dilakukan oleh beberapa individu dan persatuan seperti Persatuan Sahabat Kaum Semai Kuala Lumpur dan Selangor (PERKAS) di laman sosial. Seperti yang telah kita ketahui, Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang kaum, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia mempunyai keunikan sendiri berbanding negara lain. Majoriti penduduk Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu.Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Setiap kumpulan ini pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik. Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, mendrij dan bateq.Suku bangsa atau Etnik Orang Asli berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak dan diikuti oleh Selangor. Terdapat juga muzium yang didirikan untuk menghargai budaya dan kesenian orang Asli negara ini seperti muzium JAKOA di Selangor. Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 keluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)












