Kami dari kumpulan 11 (Lavender) telah membuat sedikit kajian mengenai kaum orang asli suku semai di Gombak Selangor. Kami memperoleh sumber maklumat serba sedikit mengenai kaum ini melalui perkongsian yang telah dilakukan oleh beberapa individu dan persatuan seperti Persatuan Sahabat Kaum Semai Kuala Lumpur dan Selangor (PERKAS) di laman sosial. Seperti yang telah kita ketahui, Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang kaum, etnik dan agama. Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia mempunyai keunikan sendiri berbanding negara lain. Majoriti penduduk Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu.Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Setiap kumpulan ini pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik. Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, mendrij dan bateq.Suku bangsa atau Etnik Orang Asli berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak dan diikuti oleh Selangor. Terdapat juga muzium yang didirikan untuk menghargai budaya dan kesenian orang Asli negara ini seperti muzium JAKOA di Selangor. Pada suatu ketika dahulu kehidupan Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar. Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10 hingga 50 keluarga.