Thursday, 3 December 2015

Pembahagian Borang Soal Selidik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Setelah melaksanakan lawatan ke perkampungan etnik Semai, kami telah menyediakan borang soal-selidik bagi mengumpulkan data tentang kesedaran pelajar UKM mengenai kewujudan dan sumbangan etnik minoriti di Malaysia. Sebanyak 50 borang soal selidik telah berjaya kami kumpulkan setakat ini. Berikut adalah sampel borang soal selidik kami;




Tuesday, 1 December 2015

Kenangan melawat muzium orang asli dan Kampung Kala

Kami memulakan perjalanan pertama ke muzium orang asli seperti yang dijadualkan pada 21 November. Malangnya muzium yang sepatutnya dijadualkan buka pada hari itu telah ditutup kerana faktor kekurangan pekerja. Namun kami sempat mengambil beberapa gambar kraftangan buatan orang asli yang dipamerkan muzium tersebut. Berikut merupakan gambar - gambar muzium yang dapat dikongsikan:












Setelah melawat muzium, kami memulakan perjalanan ke Kampung Kala bagi bertemu Tok Batin. Melalui perkongsian bersama Tok Batin, aktiviti pembuatan kraftangan di perkampungannya dikatakan semakin berkurangan akibat faktor kemajuan. Kami turut sempat meninjau perkampungan dan beramah mesra dengan penduduk setempat. Berikut antara gambar yang dapat dikongsikan:



Tok Batin



Lawatan ke Batu 12 Gombak


Pada 21 November 2015, kami  kumpulan 11 telah melakukan lawatan ke muzium orang asli dan bertemu dengan wakil perkampungan etnik suku semai, Tok Batin di Kampung Kala Gombak. Tok Batin ialah penduduk yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelawat - pelawat yang datang bertandang ke perkampungan tersebut samaada bagi tujuan kajian atau pembelajaran. Berikut adalah tentatif perjalanan yang telah dirancang:

Masa
Aktiviti
12.30 pm
Berkumpul dan bertolak dari Kolej
2.00 pm
Sampai di Muzium Orang Asli
3.00 pm
Melawat perkampungan orang asli
3.30 pm
Bertemu dengan Tok Batin
5.00 pm
Bertolak pulang